Isnin, 23 Ogos 2010

Bermain mercun

Saban tahun kita sudah lali dengan aktiviti pembakaran mercun dan bunga api.Masyarakat sering menunding jari kearah pemjual mercun,namun persoalannya di mana ada permintaan,maka di situ ada penawaran. Kita sebagai ketua family perlulah mengawal anak anak kita senidri. Cuma yang menghairankan kita,masyarakat mungkin sudah alpa dengan tugas tugas ibu dan bapa. Mungkin kita perlu sedar bahawa kitalah punca mengapa anak anak kita bertindak begitu.Melentur buluh harusnya bermula dari rebung. Saya menyeru pada semua ibubapa agar sentiasa mengawasi anak anak kerana merekalah harapan kita dan negara.Kita mahu menjadikan mereka suatu bangsa yang kuat dan berdisiplin tinggi. Ini semua dilakukan adalah tujuan untuk mempastikan negara kita maju dan sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan