Khamis, 26 Ogos 2010

Penjualan Mercun di Bazar Ramadhan DIBENDUNG.

Santana meninjau disekitar Bazar Ramadhan di Stadium Alor Setar, telah ada pegawai penguatkuasa menjalankan pemantauan di sana. Syabas Santana ucapkan,penjual juga tidak kelihatan berani menjual bunga api atau seumpamanya.
 Semoga berkurangan lah kes kes yang melibatkan kecederaan akibat daripada kelalaian sendiri. Santana akan terus mengawasi dari dekat. Selamat kepada mereka yang terlibat....termasuk Si Penjual mercun.Mungkin dah insaf dah kot.

Selasa, 24 Ogos 2010

Penguatkuasaan Larangan Menjual Mercun.

Hari ini,berita telah tersebar di mana pihak penguatkuasa tidak akan berlembut dengan Si Penjual mercun dan bunga api.Oleh itu aws sesiapa yang berani menjual mercun secara terbuka atau di bawah meja.Santana akan membuat pemantauan terhadap penguatkuasaan ini di bazar bzar Ramadhan pada petang ini. Awas juga kepada Ibu-Ibu Bapa-Bapa yang berani melanggan/membeli bahan yang diharamkan menggunakannya.

Selain membakar wang,juga sangat merbahaya nyawa mereka dan keluarga mereka. kepada penguat kuasa,teruskan usaha memerangi penjualan mercun,jangan bila ada berita kematian atau kecederaan akibat menjual mercun...baru nak bertindak.Pihak atasan hendaklah memantau anggota penguatkuasa menjalankan tugas dengan cekap. Berani buat berani tanggung.

Jangan ditangkap,didakwa dan dijatuhkan hukuman yang berat baru nak menangis minta ringankan beban,kononnya ada duit denda sikit lah, menanggung keluarga lah...itulah   inilah...sedangkan semasa mereka menjual,tidak pula difikirkan akibat perbuatan mereka. Lain kali sendiri mau ingat. Santana rest seketika dan mahu membuat pemantauan. Chow.

Isnin, 23 Ogos 2010

Penjualan Mercun dan Bunga Api

Sekali-sekali apabila ada berita penjualan mercun ,maka kita membuka mata untuk melihat apakah tindakan masyarakat. Kalau tiada berita tersebut maka kiranya kita berada di bazar ramadhan,mungkin kita turun menyumbang dengan membeli bunga api untuk anak kesyangan kita. Persoalannya adakah kita apabila hanya melihat berita itu baru menyedari itu adalah SALAH?Barulah masing masing berjaga jaga....Untuk apa sebenarnya kita berjaga jaga.Adakah takut ditangkap kerana membeli bunga api?Atau takut anak merajuk?Sama samalah kita mengetahui peranan kita untuk keluarga dan masyarakat.

Bermain mercun

Saban tahun kita sudah lali dengan aktiviti pembakaran mercun dan bunga api.Masyarakat sering menunding jari kearah pemjual mercun,namun persoalannya di mana ada permintaan,maka di situ ada penawaran. Kita sebagai ketua family perlulah mengawal anak anak kita senidri. Cuma yang menghairankan kita,masyarakat mungkin sudah alpa dengan tugas tugas ibu dan bapa. Mungkin kita perlu sedar bahawa kitalah punca mengapa anak anak kita bertindak begitu.Melentur buluh harusnya bermula dari rebung. Saya menyeru pada semua ibubapa agar sentiasa mengawasi anak anak kerana merekalah harapan kita dan negara.Kita mahu menjadikan mereka suatu bangsa yang kuat dan berdisiplin tinggi. Ini semua dilakukan adalah tujuan untuk mempastikan negara kita maju dan sejahtera.